Monday, 8 September 2014

SATU SUAP

Bagaimana ingin aku gambarkan
Satu suap aku dan satu suapnya

Beza antara aku dan dia

Satu suap aku
Aku nikmati dalam ketenangan
Aku nikmati dalam kemewahan
Aku nikmati dalam kealpaan

Satu suap dia
Dia nikmati dalam ketakutan
Dia nikmati dalam kekurangan
Dia nikmati dalam kesedaran

Beza antara aku dan dia
Beza antara kita dan mereka
Beza antara syukur dan haloba.

'Basically' ni 'throwback' puisi yang aku buat masa ramadhan yang lepas. Disebabkan tidak berkesempatan mengeposnya di sini,maka aku mengambil kesempatan menempeknya di sini daripada terus membiarkan blog ini bersarang kulat. Suka hati hang ja kulat ada sarang Hang ada?! *tetibe*

Puisi ni dikarang untuk mengingatkan diri yang marhaen (sila google jika tidak tahu) ini supaya bila menjamu selera tak kisahlah masa berbuka puasa ke, masa 'lunch' ke, masa 'dinner' ke, janganlah lupa  saudara mara kita yang tak bernasib baik, bantulah mereka sedaya mampu kerana sesama muslim itu bersaudara kan?. *ayat paling panjang tanpa titik, tabiat masa sekolah >.<

Sekian wassalam.


CINTA DEWASA

Cinta itu buta
Buta bukan kerana matanya
Tapi buta kerana dipejamkan hatinya

Cinta itu tuli
Tuli bukan kerana telinganya
Tapi tuli kerana dipekupkan hatinya

Cinta itu bisu
Bisu bukan kerana mulutnya
Tapi bisu kerana dikatupkan hatinya

Perlukah jadi begini untuk bercinta?
Atau
Adakah cinta itu bakal buat diri jadi begini?

Dewasakanlah cintamu itu
Jangan biar ia terus keanak-anakan
Kerna cinta dewasa hanya kenal redha yang Esa.

Wednesday, 26 March 2014

SC MUAYYID 2014

Baca tajuk pun dah pelik kan
Disebabkan ni 'homework' usrah saya
'Let the sentences explain'..

'Before that' nak bagi kata-kata aluan dulu boleh ke? *sengih*. Tersebutlah kisah bila mana setelah hampir 2 jam lebih ber'hangout' (lutut tak bertemu lutut pun atas faktor jarak) bersama usrati-usrati dan murabbi tercinta, maka murabbi ku pun berkata ala-ala macam ni la, "ok, 'skang' kita nak bagi 'homework' kat korang.." Mutarabbi-mutarabbi yang sugul tadi yang ceria lagi tangkas tadi mula bersinar-sinar matanya, "'homework' ape akak?", 'curiousity' membelenggu diri. Kakak murabbi sengih. "Semua orang guna la 'talent' masing-masing untuk 'share'kan apa yang korang dapat masa Spring Camp Muayyid baru-baru ni sebab kita nak 'practice to be creative' dalam dakwah kan?". Sejurus mendapat tugasan, berlegar dalam kepala ni apa benda nak buat. Terus 'list'kan apa 'talent' yang tersirat dalam diri ni. Dalam hati ni (monolog dalaman sat), "Macam tak banyak je 'talent' yang ada, rasa cam nak lukis komik sebab suka baca komik tapi tak pandai la pulak nak lukis karakter dalam citer tu, hmm..nak tulis karangan panjang-panjang pun tak reti,eh (abis tu apa benda yang hang dok buat ni bukan karangan ke =.=), tak, tak, ni bukan karangan yang dapat pengajaran semua tu, ni isi hati je.hehe..nak buat video pun cam takde masa je skang ni dah tu tak kreatif pulak tu, haihhh, banyaknya kekurangan diri ni (mengeluh panjang pulak makcik ni)", panjang pulak monolog dalaman ni. Dan akhirnya, aku dah 'decide' apa nak buat. Mungkin tak seberapa hasil tulisan ('typing') ini namun cukup untuk menyemai kenangan bersama akhwat-akhwat UK yang bersama mendokong perjalanan gerabak dakwah ini. Skema pulak ayat tetibe :P

Leicester
Tak pernah jejak kaki pun
Belum pernah terfikir nak jejak pun
Namun tarbiyyah selalu menggerakkan hati
Menapak ke tempat yang tak pernah dijejak kaki

15 Mac 2014 pagi
Tiba lewat sehari
Maaf murabbi..hee
(macam pantun tiga kerat pulak) - iklan sebentar

Sungguh aku suka pada tema 'spring camp' ini
Dekat di hati sedekat-dekatnya
Terhibur sebentar hati kala duka mengurus masa
Terhurai seketika rasa kala serabut merancang kerja

Benar jalan ini bukan jalan karpet merah
Bukan juga jalan suka hati
Tapi jalan penuh onak duri
Bunyi macam 'scary'
Ehhh

*senyum sebentar*

Betul jalan ini penat
Penat jika masih ada jahiliyyah sisa melekat
(jap,nak nangis)
Penat jika tiada tangan menyokong
Penat jika tiada kesepakatan dalam saf gerakan
Penat jika usaha 'all out' itu masih tersekat di kerongkongan
(nangis lagi laju)
Rasakanlah wahai hati tamparan demi tamparan ini
Muhasabahlah wahai diri dengan janjimu dulu sebagai saksi
Semoga nukilan ini menjadi motivasi
Untuk kalian dan diri yang lemah ini..

Wallahua'lam


Wednesday, 19 February 2014

TWIN LINES

Court is in session.
Accused: You. Hot seat.
Your only defence-
Two lines.
The twin lines.

Twin lines, everyday, said.
Nine times- minimum.
Feeling like
Mountains to others
But to some 
Lighter than feathers
No quiver. No warmth.
No weight. No meaning.
Nothing.

Twin lines. Said. Repeated.
A promise. A testimony.
Meant to be uphold. Kept.
But the irony, they stood. There.
Left in the dark
As if they were just words
Sounds. Noise.
Said in prayer.
A paradoxical reality.
Nothing.

Lines. Uttered.
Over us, he will stand witness
The Messenger, in front of Him. (2:143)
Lines. Memorized.
Of a statement to be shared.
To all. Never to be kept. (2:159)
Lines. With its rights
To be
Fulfilled. Shared. Acted upon.
By us.
Have we done it justice?
Have we done anything?

Prosecutors smirking.
Defence panicking.
Your alibis- falling. Crumbling.
Under accusations of
Ignorance. Denial. Complacence.
Then you realise, all this while.
What have you been doing?

Nothing.
Did we choose not to do?
Or chose not to know something needs doing?
Present your case. Judges are waiting. Jurors are staring.
Which is the lesser evil?
Wrong answer. None the better. Same difference.
Because. We chose.

Enough with the snooze button.
Enough with dozing off.
Enough.
It’s time to
Wake up. Act. Live up
To the twin lines
Make them
From Nothing
To Everything.

Ash hadu alaa ilaha illallah
Wa ash hadu anna muhammadurrasul Allah
The twin lines.
The shahadah.
Everything.
Have we fulfilled its rights?

Court is adjourned.

#SH2014

-copied&pasted-

-such a beautiful and inspired words mashaAllah. Can't resist of posting this on mine-
p/s:SH means Syahadatul Haq or in malay Penyaksian Kebenaran

Tuesday, 11 February 2014

CINTA

Cinta
Fitrah terindah dalam dirimu dan diriku
Timbul tanpa sengaja
Datang tanpa dipinta
Istimewa terukir dalam kotak jiwa

Kadang-kadang terfikir
Kenapa cintaku padaNya tak sedalam cintaku pada makhlukNya?
Mungkin kerna tersasar tujuan hidupku
Mungkin kerna terlalu leka indahnya dunia
Dan mungkin belum cukup taaruf dengan Penciptaku
Sedihnya wahai hati


Thursday, 6 February 2014

HUJAN

Hujan
Tak berhenti sejak kelmarin
Seperti mengerti gundah gerhana
Basah menangisi hati yang lara

Sukar
Memang payah menempuh basah
Tapi itu bagimu
Ada yang lain gembira menyambut
Bersorak girang tatkala nikmat itu datang

Tuesday, 4 February 2014

TARBIYYAH

Tarbiyyah itu apa?
Tak pernah dengar?
Tiga tahun dulu, aku pun begini
Tak tahu
Mungkin boleh di'ignore'

Tapi tak sempat nak 'ignore' pun
Tiba-tiba datang melekat di hati
Susah nak buang sampai sekarang
Istimewa betul tarbiyyah ini...



Tuesday, 28 January 2014

HARD

Sacrifice.
One word.
Easy but not so easy.
Hard and of course it is hard.

She sighed.
She knows this will be really hard. For her and for him.
She grabs her phone again and there he is..online.
'Don't start', there's a voice came out.
She put her phone back on the table.