Satu suap aku dan satu suapnya
Beza antara aku dan dia
Satu suap aku
Aku nikmati dalam ketenangan
Aku nikmati dalam kemewahan
Aku nikmati dalam kealpaan
Satu suap dia
Dia nikmati dalam ketakutan
Dia nikmati dalam kekurangan
Dia nikmati dalam kesedaran
Beza antara aku dan dia
Beza antara kita dan mereka
Beza antara syukur dan haloba.
'Basically' ni 'throwback' puisi yang aku buat masa ramadhan yang lepas. Disebabkan tidak berkesempatan mengeposnya di sini,maka aku mengambil kesempatan menempeknya di sini daripada terus membiarkan blog ini bersarang kulat.
Puisi ni dikarang untuk mengingatkan diri yang marhaen (sila google jika tidak tahu) ini supaya bila menjamu selera tak kisahlah masa berbuka puasa ke, masa 'lunch' ke, masa 'dinner' ke, janganlah lupa saudara mara kita yang tak bernasib baik, bantulah mereka sedaya mampu kerana sesama muslim itu bersaudara kan?.
No comments:
Post a Comment