Monday, 8 September 2014

SATU SUAP

Bagaimana ingin aku gambarkan
Satu suap aku dan satu suapnya

Beza antara aku dan dia

Satu suap aku
Aku nikmati dalam ketenangan
Aku nikmati dalam kemewahan
Aku nikmati dalam kealpaan

Satu suap dia
Dia nikmati dalam ketakutan
Dia nikmati dalam kekurangan
Dia nikmati dalam kesedaran

Beza antara aku dan dia
Beza antara kita dan mereka
Beza antara syukur dan haloba.

'Basically' ni 'throwback' puisi yang aku buat masa ramadhan yang lepas. Disebabkan tidak berkesempatan mengeposnya di sini,maka aku mengambil kesempatan menempeknya di sini daripada terus membiarkan blog ini bersarang kulat. Suka hati hang ja kulat ada sarang Hang ada?! *tetibe*

Puisi ni dikarang untuk mengingatkan diri yang marhaen (sila google jika tidak tahu) ini supaya bila menjamu selera tak kisahlah masa berbuka puasa ke, masa 'lunch' ke, masa 'dinner' ke, janganlah lupa  saudara mara kita yang tak bernasib baik, bantulah mereka sedaya mampu kerana sesama muslim itu bersaudara kan?. *ayat paling panjang tanpa titik, tabiat masa sekolah >.<

Sekian wassalam.


CINTA DEWASA

Cinta itu buta
Buta bukan kerana matanya
Tapi buta kerana dipejamkan hatinya

Cinta itu tuli
Tuli bukan kerana telinganya
Tapi tuli kerana dipekupkan hatinya

Cinta itu bisu
Bisu bukan kerana mulutnya
Tapi bisu kerana dikatupkan hatinya

Perlukah jadi begini untuk bercinta?
Atau
Adakah cinta itu bakal buat diri jadi begini?

Dewasakanlah cintamu itu
Jangan biar ia terus keanak-anakan
Kerna cinta dewasa hanya kenal redha yang Esa.